Monday 18 July 2011

Saat Memeluk Cinta

Jauh renungan matanya melihat kearah sang bayu yang disisirkan oleh angin pantai. Sayup keindahan petang yang baru disirami hujan. Di awan terpancar pelangi indah yang merubah suasana seolah-olah pesta sedang bermula. Disudut beranda Cinta sedang duduk dengan penuh saki baki semangat yang tinggal. Aku melihat dari jauh sinaran matanya yang mula mengurai air mata. Aku sebak....suasana begitu hening sekali. Begitu juga aku dan cinta.
Love to my heart

Aku mengheret kaki perlahan-lahan ke arah Cinta.. pandangannya masih tak berubah.. aku sayu. Aku kesat air matanya yang jatuh dan dengan kasih sayang yang ada aku hadiahkan satu kucupan  ke dahinya. Cinta menoleh ke arah aku. Satu senyuman buat hati ku sebak tapi aku ukirkan juga satu senyuman buatnya. Hari terakhir disini pantai ini seolah-olah terlalu pantas berlalu. Tepat pandanganku kearah Cinta.. dan dia mula hairan dengan gelagatku. Keningnya diangkat seolah-olah bertanya kepadaku kenapa??

Tiada jawapan dari mulutku.. aku sambut tangannya dan memimpin Cinta kearah gigi pantai.Pancaran sang suria yang mula tengelam membibitkan suasana romantik untuk kami. Kami masih membisu.. hanya ombak yang menghempas pantai membisingkan keadaan, tapi ia kedengaran seperti melodi indah buat kami.

Aku mengenggam erat tangan Cinta seolah-olah aku tidak mahu membiarkan dia pergi. Bukan sekarang atau bila-bila. Agak jauh kami menyisir pantai dan kemudianya langkah Cinta terhenti. Aku sebak bila melihat Cinta terduduk lalu lantas aku memimpinya. Degup nadinya semakin lemah..aku tahu dia sakit..tapi wajahnya masih tersenyum..Cinta....
Sweet couple

Tak sanggup lagi aku melihat penderitaan pada Cinta.. jika aku mampu biarlah aku yang menanggungnya. Air mataku mula jatuh.. perlahan-lahan Cinta menahan air mata ku. terasa sejuk tanganya. Dengan semangat yang aku ada aku tahan air mataku dari mengalir di depan Cinta. Lantas aku peluk tubuhnya seerat yang mungkin.Aku rapatkan dadanya ke dada ku agar aku tahu dia masih ada disitu...

Cinta....

Saat ku tersedar aku cuma memeluk bayanganmu. Kau tiada lagi dipelukkanku. Air mata tiada lagi untuk ku tangisankan. aku sedar yang tinggal cuma aku, ombak dan pantai. Cinta sudah lama pergi. Senyuman dan pelukkanya masih ada dihatiku. Sebuah cinta yang pernah hadir didalam hidupku rupanya hanyalah satu persinggahan buatku bersama Cinta. Tapi aku sedar bahawa itulah erti sebuah kehidupan.. Yang bernafas pasti akan pergi.. Tapi pelukkan cinta ku tetap bersama dia.. CINTA.

Ada apa dengan Cinta
 

Blog Chenta. Design By: SkinCorner