Monday 18 July 2011

Saat Memeluk Cinta

Jauh renungan matanya melihat kearah sang bayu yang disisirkan oleh angin pantai. Sayup keindahan petang yang baru disirami hujan. Di awan terpancar pelangi indah yang merubah suasana seolah-olah pesta sedang bermula. Disudut beranda Cinta sedang duduk dengan penuh saki baki semangat yang tinggal. Aku melihat dari jauh sinaran matanya yang mula mengurai air mata. Aku sebak....suasana begitu hening sekali. Begitu juga aku dan cinta.
Love to my heart

Aku mengheret kaki perlahan-lahan ke arah Cinta.. pandangannya masih tak berubah.. aku sayu. Aku kesat air matanya yang jatuh dan dengan kasih sayang yang ada aku hadiahkan satu kucupan  ke dahinya. Cinta menoleh ke arah aku. Satu senyuman buat hati ku sebak tapi aku ukirkan juga satu senyuman buatnya. Hari terakhir disini pantai ini seolah-olah terlalu pantas berlalu. Tepat pandanganku kearah Cinta.. dan dia mula hairan dengan gelagatku. Keningnya diangkat seolah-olah bertanya kepadaku kenapa??

Tiada jawapan dari mulutku.. aku sambut tangannya dan memimpin Cinta kearah gigi pantai.Pancaran sang suria yang mula tengelam membibitkan suasana romantik untuk kami. Kami masih membisu.. hanya ombak yang menghempas pantai membisingkan keadaan, tapi ia kedengaran seperti melodi indah buat kami.

Aku mengenggam erat tangan Cinta seolah-olah aku tidak mahu membiarkan dia pergi. Bukan sekarang atau bila-bila. Agak jauh kami menyisir pantai dan kemudianya langkah Cinta terhenti. Aku sebak bila melihat Cinta terduduk lalu lantas aku memimpinya. Degup nadinya semakin lemah..aku tahu dia sakit..tapi wajahnya masih tersenyum..Cinta....
Sweet couple

Tak sanggup lagi aku melihat penderitaan pada Cinta.. jika aku mampu biarlah aku yang menanggungnya. Air mataku mula jatuh.. perlahan-lahan Cinta menahan air mata ku. terasa sejuk tanganya. Dengan semangat yang aku ada aku tahan air mataku dari mengalir di depan Cinta. Lantas aku peluk tubuhnya seerat yang mungkin.Aku rapatkan dadanya ke dada ku agar aku tahu dia masih ada disitu...

Cinta....

Saat ku tersedar aku cuma memeluk bayanganmu. Kau tiada lagi dipelukkanku. Air mata tiada lagi untuk ku tangisankan. aku sedar yang tinggal cuma aku, ombak dan pantai. Cinta sudah lama pergi. Senyuman dan pelukkanya masih ada dihatiku. Sebuah cinta yang pernah hadir didalam hidupku rupanya hanyalah satu persinggahan buatku bersama Cinta. Tapi aku sedar bahawa itulah erti sebuah kehidupan.. Yang bernafas pasti akan pergi.. Tapi pelukkan cinta ku tetap bersama dia.. CINTA.

Ada apa dengan Cinta

Sunday 15 May 2011

NILAI SEBUAH HADIAH

Satu malam.. sang gadis dan jejaka sedang bermuram durja. Wajah si gadis lagi bengis dari si jejaka. Jejaka dok tersengih-sengih depan pintu kedai 7E. dalam hati si jejaka mengomel.. sikit-sikit merajuk, baik aku hisap rokok..fuhhh.fuhhh…berkepul-kepul asap rokok dihembus.. sesekali dihembus asap rokok berbentuk love pada si gadis..sengaja katanya dalam hati. Si gadis makin bengis bak singa betina.. si jejaka Cuma senyum sinis…. Masing-masing tak berganjak. Agak lama juga suasana sepi yang kadang kala Cuma diselangi dengan bunyi loceng pintu kedai 7E…ting…tong..


Bila sebatang rokok habis dihisap si jejaka selamber berjalan dan masuk ke kereta tampa memanggil si gadis. Dibukanya radio channel dangdut dan dilayan sepam dua. Bila dah puas barulah si jejaka memanggil…
“Oit Si gadis.. tak mau balik ker..dah malam ni ha… ke nak tido kat situ??.. udah..udah ler tu merajuk..meh ah masuk…ada present …lambat balik jalan kaki okes””
Si gadis menyeringai.. geram hatinya sebab tak dipujuk.. macam terpaksa die masuk kedalam kereta. Baru jer nak mula membebel dia dah senyum balik…

Wednesday 11 May 2011

MARAH TANDA SAYANG


Betul ker aku tengah marah... Aku selalu jer marah-marah terutamanya dalam kereta..sebab rasa nak langgar jer pemandu yang berkhemah kat jalan tu.. tapi hari ni nak story tentang sifat marah aku.. yepp.. aku suka marah orang...tapi dalam hati jer.. sebab tak tersampai atti nak marah depan-depan. kang ter fire plak.. habis burn muka diorang... Bila aku marah aku simpan dalam hati..nanti time nak tido baru fikir balik..time tu kalau aku marah kat orang aku akan imagine muka orang tu sambil tumbuk-tumbuk orang tu.. tak pun aku imagine yang aku langgar orang tu laju-laju..biar padan muka diorang..

Tapi macam mana kalau aku tengah marah pada orang yang aku sayang macam cousin aku atau adik aku atau niece aku..hurm..Kadang-kadang aku biar jer diorang buat aper pun walaupun diorang salah sebab aku nak diorang sedar sendiri...tapi kalau aku terlepas marah maksudnya aku terlampau sayangkan diorang...

Tuesday 10 May 2011

AKU DAN KEBEBASAN



Monday 9 May 2011

BUDAK ZAMAN BATU TENGOK WAYANG

Bila tengok wayang macam-macam ragam selalu kita tengok. semalam aku pergi tengok citer fast furious 5 lagi sekali. 2 hari berturut-turut aku pergi tengok..hehe.. kali ni aku pergi dengan cousin aku.. nampak macam kerja giler kan.. chill lah.. transformer aku boleh layan 2 3 kali apatah lagi citer yang super best untuk dilayan ni. tengah sedap dok layan citer tertiba ada lah makhluk-makhluk yang entah dari zaman bile datang membuat onar. dah ler datang lambat dari start nak duduk sampai ke habis cerita bising mengalahkan burung murai kena belacan (aku tak pernah tengok burung makan belacan...bedal jer) bising tak tentu hala..

Mula-mula aku boleh layan citer tu lagi ..tapi makin lama budak-budak separuh suku ni makin menjadi-jadi.. ingat korang tengok tv kat rumah ker nak bising-bising tak tentu hala.. agak.agak ah bai..kalaulah aku duduk belakang korang tadi memang aku bagi penyepak sekor2... kitaorang pun bayar gak nak masuk..tapi takderlah bak rusa masuk ke dalam kuali nak bising tak tentu hala.. macam chilake lu punyer perangai.. buat spoil jer... nasib baik lah aku dok tepi ..yang agak jauh dari diorang..tapi dalam ati nak jer jerit suruh diorang diam..spoil-spoil...

Sunday 8 May 2011

FAST FURIOUS 5 DAN KES BULI





Tapi memang tak badget lah hari ni..betul-betul penuh wayang.. sampaikan yang midnite pun ikut penuh sama. nasib baik lah MP tu seberang jalan jer.kalau tak memang kecewa habis. sebab nak kena tunggu lagi 3 jam lagi aku pun g lah makan angin kat area2 A Famosa tu..tu jer lah tempat yang ada angin..tempat lain penuh dengan asap kereta. nasib baik lah beca kat situ tak guna motor..kalau tak mau berasap gak area situ...

Friday 6 May 2011

PEMBOHONGAN CHENTA





 

Blog Chenta. Design By: SkinCorner